Perjalanan Hidup Kami
Wednesday, 24 April 2013
Monday, 22 April 2013
Cerita Kami (Part 1)
Pada Jumaat yang lepas, 19 April 2013, aku dan Jamal terimbau kembali detik-detik perkenalan kami pada 2003. Bila diimbau kembali cara kami berkenalan agak sangat kelakar, itu bagi kamilah. Heehehe...
Perkenalan kami ini ingin aku ceritakan untuk menjadi tatapan buat insan-insan yang bakal kami perolehi pada masa akan datang, iaitu bakal zuriat kami.
Wahai bakal zuriat kami, insan-insan yang kami sayangi, hayatilah cerita kami..
Pada awal tahun 2003, aku telah dihantar oleh ibu bapaku untuk menghadiri tuisyen untuk persediaan PMR yang bakal aku jalani. Aku masih ingat lagi nama pusat tuisyen tersebut, Ilham Bestari, di mana ianya telah pun ditutup beberapa tahun lepas. Ianya terletak di Taman Ros, Teluk Intan.
Aku menghadiri kelas tuisyen seperti biasa selepas waktu persekolahanku di waktu pagi. Aku duduk di barisan paling hadapan sekali, sebelah kiri. Seperti biasa aku memang sentiasa berpakaian selekeh, baju besar, seluar besar, tudung tidak berlipat, rambut terkadang terkeluar. Dahulu, aku agak pemalu dan susah untuk didekati, almaklumlah, aku kan muda lagi, baru berusia 15 tahun.
Tidak lama selepas aku mendaftarkan diri di pusat tuisyen tersebut, Jamal dan Wan telah turut serta menghadiri kelas yang sama. Wan adalah kawan baik Jamal pada masa itu. Hendak dipendekkan cerita, kami belajar seperti biasa di kelas yang sama. Jamal duduk di barisan kedua dan ketiga disebelah kanan selalunya. Aku ini pula cukup pantang kalau ada sahaja mata yang curi-curi memandang. Aku dapat merasakan yang mata Jamal kerap kali mencuri pandang kepadaku. Bukan perasaan tetapi kenyataan.. HAhahahaha... Sekerap mana Jamal selalu curi memandangku, sekerap itu jugalah aku kerap menjeling kerana tidak berapa selesa dengan tindakan keanak-anakan dia.
Kami mula bertegur sapa sesama sendiri pada November 2003. Agak lama jurang yang dicipta oleh aku untuk Jamal memulakan bicara, awal tahun - akhir tahun 2003. Bukan niat aku untuk tidak menghiraukan segala tindak tanduk yang dilakukan, tetapi aku masih muda dan banyak yang perlu aku pelajari. Dan aku tidak mahu terkandas di dalam pelajaranku. Kami selalu juga berjumpa selepas kelas tuisyen kami selesai.
Aku telah dimaklumkan oleh Jamal 2 tahun lepas, pada 2011 yang sebenarnya dia tidak suka sama sekali untuk menghadirkan diri ke mana-mana kelas tuisyen. Pada mulanya, dia berniat untuk menghadiri kelas tuisyen sekali sahaja, yang selebihnya dia ingin melencong ke tempat lain. Tetapi selepas terpandang aku di dalam kelas tuisyen yang sama, cinta pandang pertama orang kata, hahahha... Terus di membatalkan niat buruknya itu. Dia menghadiri kelas tuisyen semata-mata untuk mencuri pandang aku di dalam kelas tersebut. Dia pernah cuba mendekati aku, tetapi agak takut kerana muka aku seperti orang sombong. Biasalah, orang yang kita tidak kenali, mengapa harus bermanis muka? Ya tidak? Heheheh...
Kami berkawan dan berkawan selama 5 tahun, 2003-2008. Sepanjang kami berkawan, ada juga dia menyunting untuk menjadikan aku gadisnya. Tetapi aku menolak di atas sebab utama, iaitu dia adalah perokok. Mungkin agak kejam bagi perokok-perokok di luar sana jika ini berlaku kepada mereka, tetapi tidak pada aku. Bagaimana harus aku hidup dengan Jamal sekiranya maut yang bakal aku tempuhi? Kerana keturunan aku mempunyai asma yang agak teruk. Setiap keluarga belah emakku mesti ada 2 orang yang menghidapi asma ini. Di dalam keluarga aku, aku dan adikku, Aqilah yang mewarisi penyakit asma ini. Aku mudah sesak nafas jikalau terlalu banyak asap mengelilingiku. Sudah tahulah kalian mengapa aku menolak pelawaan Jamal dahulu.
Kebanyakan rakannya ingat yang kami sudah berkasih pada tahun 2003, tetapi sebaliknya tidak. Pada 2004 kami telah terputus hubungan kerana aku melanjutkan pelajaran aku ke Sekolah Teknik Pontian, Johor. Di kala aku tiada handphone untuk digunakan sebagai penghubung. Tetapi aku masih ingat nombor yang pernah digunakan Jamal untuk menghubungi aku dahulu. Sampailah pada suatu hari, aku terdetik untuk menelefon Jamal dari pondok telefon. Mulanya dia tidak mengangkat panggilanku. Maka, aku pun berusaha lagi dan kali ini kak longnya yang angkat. Rupanya, Jamal baru pulang daripada kem untuk bakal-bakal SPM.
Hendak dipendekkan cerita, pada malam terakhir kem tersebut, ustaz telah menyuruh semua pelajar membuat solat hajat dan berdoa untuk mendapat keputusan cemerlang di dalam SPM. Tetapi berlainan pula yang Jamal hajati. Dia berhajat dapat dipertemukan semula denganku dan hajatnya termakbul selepas tamatnya kem tersebut. Aku menelefon Jamal sebaik sahaja dia sampai di rumahnya. Bermula daripada hari itu, kami terus berhubungan tetapi hanya sekadar kawan biasa dan tiada apa yang istimewa.
Aku rasa macam menulis novel barangkali... HAhhahahaha..
BERSAMBUNG...
Sunday, 21 April 2013
Complicated???
Why life is so complicated??? Why!! Why!!
Terkadang, sesetengah orang merasakan hidup ini terlalu rumit untuk di lalui. Terkadang, sesetengah manusia suka mensia-siakan kehidupan yang mereka ada. Terkadang.. Terkadang.. Terkadang..
Berbalik kepada diri kita sendiri. Hanya kita yang mampu merungkai apa yang kita rasa kita boleh lalui dan tempuhi di dalam kehidupan kita seharian. Kehidupan si A tidak akan pernah sama dengan kehidupan si B. Kehidupan si B juga tidak akan pernah sama dengan si C. Begitulah seterusnya. Dan kita tidak akan pernah puas dengan kehidupan yang kita miliki setakat itu sahaja. Ada yang mungkin sudah puas, ada juga yang masih mencari, ada juga yang tidak akan pernah puas walaupun mereka ada segalanya.
Terkadang aku berfikir sejenak dan bertafakur, muhasabah diri, adakah aku manusia yang tidak pernah rasa puas dan bersyukur dengan kehidupan yang aku ada sekarang? Jawapannya adalah YA. Aku tidak akan pernah puas kerana aku merasakan aku belum cukup bertanggungjawab ke atas insan-insan yang aku sayangi. Aku belum cukup mampu untuk menanggung mereka. Serba serbi tidak cukup. Tetapi aku bersyukur kerana aku tidak pernah lupa akan tanggungjawabku sebagai seorang anak gadis terhadap kedua ibu bapaku. Dan aku tidak akan pernah lupa.
.Nyawaku Dunia Akhirat.
Betul kata sesetengah orang, kehidupan ini terlalu rumit untuk dirungkaikan. Sememangnya itulah hakikat yang kita harus lalui. Allah tidak akan pernah menguji hambaNya diluar kemampuan mereka sendiri. Have faith everybody.
Thursday, 18 April 2013
Blog sebagai Diari Hidup?
Assalamualaikum..
Mesti ramai yang tertanya-tanya kenapa aku sibuk hendak menulis blog.. Kalau korang tidak tanya pun aku hendak beritahu juga.. hehehehe...
Blog sebagai diari hidup?
Itulah tajuk yang aku rasa paling sesuai untuk persoalan yang terlintas sebentar tadi. Sebenarnya, aku ini bukanlah seorang yang mengerti untuk menyusun kata-kata yang puitis dan sesuai. Terkadang terabur bersepah merata juga.. ('_')
Tetapi aku ada tujuan aku tersendiri untuk persoalan di atas, iaitu aku menulis blog untuk menjadi tatapan bakal zuriat-zuriat aku yang aku tidak tahu akan kewujudan mereka lagi. Aku hendak mereka mengerti apa yang telah kami lalui di dalam perhubungan yang kami sendiri cipta. Mungkin aku tidak berkesempatan untuk menceritakan kepada mereka, maka mereka bolehlah menatap blog aku untuk mengenal kami dengan lebih mendalam.
Aku mungkin tidak akan hidup lama, aku sendiri pun tidak pasti bila aku akan dipanggil untuk menghadap Ilahi. Aku lakukan semua ini sebagai persiapan sekiranya aku terpanggil. Mungkin kami belum berkahwin, mungkin aku pergi dulu sebelum sesiapa yang aku sayangi, dan segalanya mungkin terjadi. Mungkin... Mungkin.. Mungkin..
Untuk bakal zuriat-zuriat kami yang tidak tahu akan bila terciptanya kalian untuk kami, kami hanya ingin kalian tahu yang kami amat menyayangi kalian tidak kira apa jua rintangan dugaan, pahit, manis, kejahatan yang kalian lakukan, di belakang atau di hadapan kami. Kami tidak akan mungkin akan sisihkan kalian walau sedetik pun tidak pernah terlintas di fikiran kami wahai bakal zuriat-zuriat kami.
Kalian adalah penyambung keturunan yang bakal kami cipta tidak berapa lama lagi. Apabila dihitung, kami cuma tinggal 6 bulan sahaja sebelum hari bersejarah kami. Ya Allah, sungguh cepat masa berlalu.
Kami doakan semoga kalian menjadi zuriat-zuriat kami yang soleh serta solehah. Itu doa yang kami titipkan di setiap ibadah yang kami lakukan.
.kami adalah bakal ibu baba kalian, wahai zuriatku.
Tuesday, 16 April 2013
Disinilah Segalanya Bermula
WOW!!!
Amazing and surprisingly. I just created a blog!!! A big applause for myself.. hahaha...
First of all, nama aku Nur 'Afifah Binti Raman. Aku dilahirkan di Hospital Besar Tanah Merah, Kelantan pada 30 Mei 1988. Sepanjang perjalanan hidup aku dari dilahirkan sehinggalah pada hari ini, aku kerap merantau. Dari satu daerah ke daerah yang lain, Kelantan-Selangor-Perak-Kelantan-Perak-Pahang-Kuala Lumpur. Banyak yang aku telah pelajari tetapi banyak lagi yang perlu aku selidiki dan harus dirungkaikan. Aku tidak akan pernah berhenti berusaha untuk kebaikan aku sendiri.
.inilah aku yang sengal.
Ingin sekali aku berkongsi dengan kalian insan-insan yang telah banyak mewarnai hidup aku. Mereka jugalah insan yang sentiasa berada di sisi aku di waktu aku jatuh ditimpa pokok, batu, konkrit, etc. Insan-insan tersebut adalah keluargaku yang tidak pernah mengeluh & menyesal untuk terus menjadikan aku manusia berguna seperti sekarang.
.Aqilah (kiri), Afifah, Zaharah a.k.a Emak, Aini (kanan - berkacamata).
.Aqilah & Raman a.k.a Abah.
.Farid.
.Nabil (kanan).
Ini pula adalah insan-insan yang bakal mewarnai kehidupan aku akan datang. HAAAAA!!!! Tidak sabarnya aku.. Gatal padahal..ahhahaha..
Nama beliau adalah Muhammad Jamal bin Omar. Dilahirkan di rumahnya sendiri, Kg Padang Tembak, Teluk Intan pada 8 Mac 1988. Kami adalah sebaya. Sebaya tau! hehehe... Kami berkenalan di pusat tuisyen pada umur kami 15 tahun. Pada bulan November 2003. Bersambung............... (",)
.Muhammad Jamal bin Omar a.k.a En Tunang.
.Belakang: Mak Long, Mak Ngah.
.Tengah: Piah, Wan Zaleha, Aku, Piqa, Kak Long.
.Depan: Ila.
. Wan Zaleha a.k.a Emak, Omar a.k.a Ayah.
.Nazrin.
.Hamdan.
.Fahmi.
.Akmal.
Korang boleh nampak tidak apa yang aku nampak? hehehhehe.. Betapa besarnya keluarga kami yang bakal terjalin tidak lama lagi. Sungguh aku terharu dan bersyukur sangat kerana mereka dapat terima aku seadanya dan dipertemukan dengan insan-insan istimewa seperti mereka. Semoga tiada apa yang bakal pisahkan kami semua.
Subscribe to:
Posts (Atom)









